Haziq Rozi

Haziq yang meminati bidang seni nyanyian sedari kecil dan sikapnya yang suka menghiburkan orang sekeliling membuatkan Haziq lebih bersemangat untuk meneruskan minatnya ke peringkat yang lebih tinggi. Haziq telah mendapat beberapa anugerah dalam seni nyanyian antaranya ialah Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan, 2015 (Saguhati), Pertandingan Suara Emas 2016 (Johan) dan Gemersik Dua Suara, 2019 (Johan).

 

Mengenai lagu yang diminati, Haziq lebih cenderung kepada lagu yang berkonsep santai dan bergenre balada. Haziq telah mengeluarkan enam single iaitu Buat kali terakhir (2017), Warkah buatmu ibu (2017), Hingga ke syurga (2018),  Jangan kecam (2018), Jangan kecam (2018), Indah (2020) dan Akulah hatimu (2021).

Haziq Rozi

Dengar Lagu Haziq Rozi