Kasih Lia Bishara

Kasih Lia Bishara menceburi industri seni ketika bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Perak. Kasih mempunyai impian untuk mengembangkan lagi bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa sekaligus dapat membantu keluarga. Kasih mempunyai pandangan berbeza mengenai pengaruh muzik iaitu Kasih ingin menjadi seorang artis yang boleh menyanyikan pelbagai jenis genre.

 

Kasih telah mengeluarkan tiga buah single iaitu Andai (2019), Tinju (2020) dan Salah Sangka (2020),  Kejayaan yang pernah dirangkul Kasih antaranya mendapat undangan nyanyian untuk mesyuarat Raja-raja ke-255 bersama Orkestra Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), Menyertai Konsert Diraja Kementerian Pendidikan Malaysia di Istana Budaya (2019) dan pelbagai lagi majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kasih Lia Bishara

Dengar Lagu Kasih Lia Bishara